Aktiviti PdPc

Bagi membuat sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Biologi menjadi menarik dan menggalakkan penglibatan aktif pelajar, pelbagai aktiviti boleh dirancang dan diimplementasikan di dalam bilik darjah. Antara aktiviti yang boleh diimplementasikan semasa PdPc Biologi ialah seperti berikut:

 i) Video


-Aktiviti PdPc pasti akan lebih menarik sekiranya guru melibatkan pelajar dengan aktif di dalam sesi pembelajaran. Guru boleh menayangkan video seperti "Skeleton Dance" dan meminta pelajar bersama-sama menari. Di samping menggalakkan pelajar untuk belajar, aktiviti seperti ini mengelakkan pelajar menjadi bosan di dalam bilik darjah. 


ii) Puzzle


-Puzzle juga merupakan aktiviti yang menarik untuk dijalankan semasa sesi PdPc. Selain menggalakkan pelajar untuk berfikir, aktiviti menyelesaikan puzzle juga boleh memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar sekiranya dijalankan secara berkumpulan. Guru boleh menyediakan sedikit "reward" kepada kumpulan yang berjaya menyelesaikan puzzle dengan tepat dan pantas. Antara puzzle yang boleh digunakan oleh guru adalah crossword puzzle seperti berikut:

Contoh Crossword Puzzle Biologi

-Selain crossword puzzle, guru juga boleh menggunakan tarsia puzzle. Tarsia puzzle sangat menarik untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Tarsia puzzle ini menggalakkan pelajar untuk belajar sambil bermain di mana pembelajaran sebegini mengelakkan pelajar menjadi bosan dan dalam masa yang sama, pelajar memperoleh input yang berguna hasil daripada penggunaan tarsia puzzle ini. Cara penggunaan tarsia puzzle ditunjukkan dalam video di bawah:



Cara menghasilkan puzzle menggunakan tarsia puzzle ini amat mudah. Tutorial bagi tarsia puzzle adalah seperti berikut:


Berikut merupakan contoh tarsia puzzle yang boleh digunakan dalam sesi PdPc:

Download Tarsia Puzzle Biologi Tingkatan 4 Bahagian 1
Download Tarsia Puzzle Biologi Tingkatan 4 Bahagian 2
Download Tarsia Puzzle Biologi Tingkatan 5 Bahagian 1
Download Tarsia Puzzle Biologi Tingkatan 5 Bahagian 2

Nota: Pastikan anda mempunyai software tarsia puzzle. Download software tarsia puzzle  di sini


iii) Role play


- Role play atau main peranan merupakan aktiviti PdPc yang tidak asing lagi. Semasa aktiviti role play dijalankan, setiap pelajar akan diberikan peranan masing-masing berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. Role play menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif di samping meningkatkan penglibatan aktif pelajar dalam PdPc.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan