Kajian yang dijalankan di skotlandia menunjukkan bahawa 20% orang yang meninggal kerana penyakit jantung terjadi di hari isnin dan bukan hari lainnya. Penelitian ini menunjukan bahawa "MONDAY PEAK" (kesibukan di hari isnin) dapat menyebabkan kebanyakan orang stress kerana pekerjaan dan ramai orang yang meminum minuman keras pada hujung minggu sebelumnya.
2. TIGA RATUS JUTA SEL DI DALAM TUBUH ANDA MATI SETIAP MINIT
Banyak sekali sel yang mati di dalam tubuh kita setiap minit tetapi sebenarnya jumlah ini hanya kurang daripada 0.0001% dari jumlah sel yang digantikan di dalam tubuh anda setiap hari (sekitar 10-80-50 trilion sel digantikan setiap harinya di dalam tubuh anda).
3. BAYI MEMILIKI TULANG LEBIH BANYAK DARI ORANG DEWASA
Ketika bayi lahir, mereka memiliki 300 tulang dalam tubuh mereka. Ketika menginjak dewasa, tulang mereka hanya tinggal 206 tulang. Hal ini disebabkan tulang yang lebih kecil bergabung untuk membentuk tulang baru yang lebih kuat.
4. RAMBUT ANDA NYARIS TIDAK DAPAT DIHANCURKAN
Selain terbakar, rambut manusia rosak atau hancur dalam tempoh masa yang sangat lama sehingga adalah sedikit mustahil untuk menghilangkannya. Masih ingatkah anda dokumentari mengenai mesir, piramid dan mumia di dalam discovery channel? Mumia hampir tidak memiliki daging sama sekali, hanya tulang dan RAMBUT. Rambut tidak dapat dihancurkan oleh cuaca sejuk, perubahan iklim, atau kekuatan alam dan rambut tahan terhadap beberapa bahan kimia yang bersifat menghakis.
5. ANDA DAPAT BERTAHAN HIDUP TANPA MAKAN TETAPI TIDAK TANPA TIDUR
Kita memerlukan tidur seperti kita memerlukan makanan. Kebanyakan orang mengabaikan kepentingan tidur yang cukup tanpa mengetahui bahawa manusia sebenarnya bertahan hidup lebih lama tanpa makanan daripada tanpa tidur. Dengan air saja, rata-rata manusia dapat bertahan 1 atau 2 bulan tanpa makan (hal ini berbeza berdasarkan lemak tubuh seseorang dan faktor lain).Tetapi gangguan tidur beberapa hari saja akan menyebabkan seseorang akan mengalami personaliti radikal dan perubahan psikologi. Rekod terpanjang manusia tidak tidur adalah 264 jam (11 hari).
6. KITA MEMILIKI PHILTRUM
Lekuk di area tengah antara hidung dan bibir bahagian atas anda disebut "PHILTRUM". Sementara para ilmuan belum mampu menentukan fungsi spesifik dari lekuk ini selain memungkinkan manusia untuk mengekspresikan lebih banyak gerakan bibir, orang yunani kuno menganggap bahawa lekuk atau philtrum ini merupakan bahagian paling misteri dalam tubuh kita.