Sabtu, 22 April 2017

4 hormon yang boleh membuatkan kita rasa gembira... yeay....

Ada tidak sesiapa dalam kalangan kita yang tidak pernah berasa stress? Saya pasti setiap individu pernah berasa stress disebabkan pelbagai perkara, Ini kerana semakin meningkat usia kita, semakin banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul. Jadi bebanan daripada tanggungjawab itu sedikit sebanyak akan membuatkan kita stress. Tahukah anda, terdapat beberapa hormon yang boleh menghilangkan stress kita dan membuat kita gembira. Jom baca empat hormon yang boleh membuatkan kita rasa gembira.


Endorphin
Boleh membuat kita rasa gembira dan tenang. Endorphin juga mengurangkan rasa bimbang dan sensitiviti pada rasa sakit. Hormon ini dirembeskan sewaktu bersenam. Jadi banyakkan bersenam ketika kita stress!


Phenylethamine
Phenylethamine adalah hormon cinta. Hormon ini memberi kita rasa bahagia ketika peringkat awal percintaan. Koko ada hormon ini dan ia memberikan impak yang sama pada perasaan kita. Jadi jangan lupa makan coklat ketika kita stress! 


Serotonin
Hormon yang mengurangkan stress dan membuatkan kita rasa gembira. Hormon ini dipanggil hormon kegembiraan. Hormon ini dirembeskan bila terdedah kepada cahaya matahari, makan makanan yang kaya dengan karbohidrat dan bersenam. Jadi jangan asyik terperuk di dalam rumah. Keluarlah dan amalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan stress!


Ghrelin
Mengurangkan rasa stress dan membuat kita rasa lebih relaks. Hormon ini dirembeskan sewaktu kita rasa lapar. Jangan makan terlalu banyak kerana bila terlalu kenyang, pengeluaran hormon ini direncatkan oleh sistem badan. 


Ini adalah antara hormon yang boleh mengurangkan stress dan membuatkan kita rasa gembira. Apa yang kita boleh lihat disini ialah kebanyakan hormon ini dirembeskan semasa waktu bersenam dan makan. Jadi, makan perlu dijaga dan apabila anda rasa stress pergilah bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Sabtu, 1 April 2017

Fakta Menarik Tentang Kucing... Meowww


Anda peminat kucing? Berikut merupakan fakta tentang kucing yang mesti anda tahu. Jom belajar tentang kucing.... 


1. Rasa sayang pada kucing dipanggil 'Ailurofobia'.

2. 25% pemilik kucing yang memandikan kucing mereka akan mengeringkan kucing mereka menggunakan pengering mereka.

3. Bahagian yang lembut pada hidung kucing biasanya mempunyai jenis corak yang unik seperti cap jari manusia.

4. Terdapat lebih 500 juta ekor kucing tempatan diseluruh dunia yang dibahagikan kepada 33 jenis berlainan.

5. Jantung kucing akan berdegup 2 kali lebih pantas dari jantung manusia pada kadar 110 ke 140 kali seminit.

6. Spesis kucing yang paling besar ialah Ragdoll yang mana spesis jantannya boleh mencecah berat 12 paun manakala betina antara 10 ke 15 paun.

7. Spesis kucing yang paling kecil di dunia pula ialah dari jenis Singapura dimana kucing jantannya hanya mempunyai berat sekitar 6 paun manakala betinanya pula dalam 4 paun.

8. Untuk menunjukkan rasa kasih kepada pemiliknya, seekor kucing akan menggetarkan ekornya ketika bersama-sama tuannya kerana itulah cara terbaik untuk kucing menunjukkan emosinya.

9. Kucing mempunyai 290 tulang di dalam tubuh mereka dan 517 lagi ialah otot-otot.

10. Adalah dikatakan manusia yang membela kucing peliharaan akan mempunyai hayat yang lebih panjang, lebih kurang tekanan dalam hidup dan kurang diserang serangan jantung.

11. Suhu normal bagi seekor kucing ialah sekitar 101.5 darjah iaitu ebih hangat dari manusia.

12. Umur kucing jika dibandingkan dengn manusia ialah, jika usianya 3 tahun, ia menyamai umur manusia 21 tahun. Ketika usianya 8 tahun, ia menyamai umur manusia 40 tahun dan jika kucing mampu hidup selama 14 tahun, ia samalah dengan manusia yang berumur 70 tahun.

13. Usia normal bagi kucing yang tinggal didalam rumah ialah sehingga 15 tahun manakala yang tinggal diluar pula ialah sekitar 3 hingga 5 tahun.

14. Kucing paling tua pernah dicatatkan ialah Puss, seekor kucing dari England yang mati pada tahun 1939, sehari selepas dia menyambut hari lahirnya yang ke 36!

15. Kucing paling pelik di dunia ialah seekor kucing betina dari Argentina yang bernama Mincho yang telah lari memanjat sebatang pokok dan langsung tidak turun sehinggalah dia mati 6 tahun kemudian.

16. Kucing yang 'bersosial' dikatakan akan mengikut pemiliknya dari satu bilik ke satu bilik yang lain untuk memerhatikan aktiviti tuan mereka.

17. Di Eropah dan Afrika, masih terdapat 2 jenis spesis kucing liar yang meneruskan aktiviti mereka memburu.

18. Kucing akan membunuh mangsanya melalui kaedah pergerakan namun tidak semestinya mengenali yang mangsanya ialah makanannya.

19. Pertunjukan kucing yang pertama dianjurkan di dunia ialah di Madison Square, New York City, New York pada tahun 1895.

20. Catatan tikus yang dibunuh paling banyak oleh seekor kucing ialah sebanyak 28,899 ekor dalam 21 tahun hayat kucing yang bernama Towser. Kucing ini mati pada tahun 1987.

21. Untuk mengelakkan kucing daripada mencakar perabot-perabot kita, cuba letakkan bau lemon atau oren dikawasan itu.

22. Kucing sebenarnya boleh mengetahui jika kita sedang menjerit ke arah mereka.

23. Lebih kerap kita bercakap dengan kucing, lebih berkemungkinan mereka akan 'bercakap' semula dengan kita.

24. Kucing paling kaya di dunia yang pernah dicatatkan dalam Guiness Book of World Record ialah sepasang kucing yang mewarisi harta bernilai $415,000 pada awal tahun 60an.

25. Di Amerika, kucing putih membawa maksud nasib yang baik.

26. Kucing boleh melihat warna namun kadang-kadang memang ada yang buta warna.

27. Anak-anak kucing akan mula bermimpi sejak usia mereka mencecah 1 minggu.

28. Kucing boleh melihat sehingga jarak 120 kaki jauhnya.

29. Kucing hanya memerlukan 1/6 sahaja jumlah cahaya yang diperlukan oleh manusia untuk melihat.

30. Mata kucing terdiri daripada 3 bentuk yang berbeza iaitu bulat, almond dan senget.

31. Mata kucing akan mula berubah bila usianya menjadi dewasa.

32. Semasa dilahirkan, anak kucing tidak dapat melihat mahupun mendengar.

33. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan mula membuka matanya pada hari kelima selepas dilahirkan.

34. Anak-anak kucing yang baru dilahirkan akan mula menggunakan pendengaran dan mata mereka selepas 2 minggu dilahirkan.

35. Pada hari ke 20, barulah anak-anak kucing akan mula berjalan.

36. Kucing biasanya tidak sukakan makanan yang terlalu panas mahupun terlalu sejuk.

37. Mengikut pakar, kucing biasanya akan mengeluarkan bunyi dengkur jika ia sedang gembira ataupun sakit.

38. Kucing sepatutnya diberikan air minuman yang bersih sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

39. Kucing memerlukan 5 kali lebih protein daripada apa yang anjing perlukan jadi kucing tidak boleh diberi makanan anjing.

40. Antara haiwan mamalia, kucing adalah mamalia yang paling banyak tidur yang mana 16 jam diperuntukkan oleh mereka untuk tidur.

41. Kucing akan lebih aktif di sebelah petang.

42. Lebih 30% daripada masa seharian kucing dihabiskan untuk mencantikkan diri mereka.

43. Berat purata bagi seekor kucing ialah 12 paun.

44. Kucing memang sukakan tempat-tempat yang tinggi seperti harimau bintang dan juga harimau kumbang.

45. Kucing paling berat pernah dicatatkan ialah Himmy, yang seberat 46 paun dan 15.25 aun pada tahun 1986 dan ukuran pinggangnya ialah 33 inci.

46. Kucing paling kecil pernah direkodkan pula ialah dari Illinois, Amerika Syarikat iaitu dari jenis Himalayan-Persian yang hanya mempunyai berat 1 paun, 8 aun dan berukuran 7.25 inci panjang dan 2.75 inci tinggi.

47. Kucing yang tidak 'dikasi' adalah lebih agresif.

48. Kucing yang menggigit manusia walaupun selepas diusap diperut sebenarnya bukanlah menggigit kerana marah sebaliknya gembira.

49. Kucing dewasa mempunyai 32 batang gigi.

50. Keupayaan kucing mengenal pasti tempat tinggalnya ialah dengan menggunakan kaedah graviti bumi.

51. Kucing sangat suka bersembunyi, jadi jika mendapati kucing anda tiba-tiba hilang, cubalah cari ditempat-tempat yang sesuai untuknya bersembunyi.

52. Orang-orang Mesir Purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung diatas kematian kucing kesayangan mereka.

53. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana memiliki theobromine).

54. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus).

55. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.

56. Kucing jenis Turkish Van sangat menyukai air sehingga digelar Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.

57. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.

58. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan.

59. Penglihatan kucing enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.

60. Kucing mandi (menjilat dirinya) selepas mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.

61. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan seminit).

62. Kucing jantan membiak setelah berusia antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.

63. Semua kucing lahir dengan mata berwarna biru.

64. Kucing boleh mendermakan darahnya kepada kucing lain.

65. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.

66. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding mamalia yang lain.

67. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.

68. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

Dan akhir sekali, kalau seorang pencinta kucing berkahwin dengan pencinta kucing yang lain, mereka akan bahagia selamanya, betul ke?

Sekian info tentang kucing. Selamat membaca.

Rabu, 22 Mac 2017

6 Fakta Menarik Tentang Tubuh Badan Manusia


1. SERANGAN JANTUNG BIASANYA TERJADI DI HARI ISNIN

Kajian yang dijalankan di skotlandia menunjukkan bahawa 20% orang yang meninggal kerana penyakit jantung terjadi di hari isnin dan bukan hari lainnya. Penelitian ini menunjukan bahawa "MONDAY PEAK" (kesibukan di hari isnin) dapat menyebabkan kebanyakan orang stress kerana pekerjaan dan ramai orang yang meminum minuman keras pada hujung minggu sebelumnya.

2. TIGA RATUS JUTA SEL DI DALAM TUBUH ANDA MATI SETIAP MINIT

Banyak sekali sel yang mati di dalam tubuh kita setiap minit tetapi sebenarnya jumlah ini hanya kurang daripada 0.0001% dari jumlah sel yang digantikan di dalam tubuh anda setiap hari (sekitar 10-80-50 trilion sel digantikan setiap harinya di dalam tubuh anda).

3. BAYI MEMILIKI TULANG LEBIH BANYAK DARI ORANG DEWASA

Ketika bayi lahir, mereka memiliki 300 tulang dalam tubuh mereka. Ketika menginjak dewasa, tulang mereka hanya tinggal 206 tulang. Hal ini disebabkan tulang yang lebih kecil bergabung untuk membentuk tulang baru yang lebih kuat.

4. RAMBUT ANDA NYARIS TIDAK DAPAT DIHANCURKAN

Selain terbakar, rambut manusia rosak atau hancur dalam tempoh masa yang sangat lama sehingga adalah sedikit mustahil untuk menghilangkannya. Masih ingatkah anda dokumentari mengenai mesir, piramid dan mumia di dalam discovery channel? Mumia hampir tidak memiliki daging sama sekali, hanya tulang dan RAMBUT. Rambut tidak dapat dihancurkan oleh cuaca sejuk, perubahan iklim, atau kekuatan alam dan rambut tahan terhadap beberapa bahan kimia yang bersifat menghakis.

5. ANDA DAPAT BERTAHAN HIDUP TANPA MAKAN TETAPI TIDAK TANPA TIDUR

Kita memerlukan tidur seperti kita memerlukan makanan. Kebanyakan orang mengabaikan kepentingan tidur yang cukup tanpa mengetahui bahawa manusia sebenarnya bertahan hidup lebih lama tanpa makanan daripada tanpa tidur. Dengan air saja, rata-rata manusia dapat bertahan 1 atau 2 bulan tanpa makan (hal ini berbeza berdasarkan lemak tubuh seseorang dan faktor lain).Tetapi gangguan tidur beberapa hari saja akan menyebabkan seseorang akan mengalami personaliti radikal dan perubahan psikologi. Rekod terpanjang manusia tidak tidur adalah 264 jam (11 hari).

6. KITA MEMILIKI PHILTRUM

Lekuk di area tengah antara hidung dan bibir bahagian atas anda disebut "PHILTRUM". Sementara para ilmuan belum mampu menentukan fungsi spesifik dari lekuk ini selain memungkinkan manusia untuk mengekspresikan lebih banyak gerakan bibir, orang yunani kuno menganggap bahawa lekuk atau philtrum ini merupakan bahagian paling misteri dalam tubuh kita.

Khamis, 9 Mac 2017

Selamat datang ke blog Jom Belajar Biologi

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat datang ke blog Jom Belajar Biologi. Jom kita sama-sama terokai keunikan Biologi dan berkongsi bahan berkaitan Biologi. Harap kita semua beroleh manfaat daripada perkongsian ini. Terima kasih semua.